Thursday 17 August 2017



       Munsyi Abdullah merupakan bapa Bahasa Melayu yang menekankan perkembangan bahasa Melayu moden dan menyebarkan bahasa Melayu moden di seantero dunia.Beliau juga dikenali sebagai tulang belakang yang penting bagi perkembangan bahasa Melayu moden.

Saturday 22 October 2016

pendahuluan semangat kejiranan.

             


                         cara-cara memupuk semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia



  Pendahuluan :

             Jiran Sepakat Membawa Berkat merupakan salah satu cogan kata yang menjadi buah mulut masyarakat kini. Realitinya,semangat kejiranan merupakan saluran yang berefektif bagi menjayakan gagasan 1 Malaysia serta integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia.Namun, kebanyakan masyarakat kini masih bersikap melepaskan batuk di tangga untuk mengekalkan semangat kejiranan bagi generasi muda.Menyahut proklamasi Tun.Dr.Mahathir Bin Mohammad bahawa semangat kejiranan merupakan tunjang kedamaian dan keharmonian sesebuah negara.semangat kejiranan juga memberikan platform kepada rakyat malaysia agar mengenali dan memahami antara satu lama lain dengan lebih mendalam kerana peribahasa mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta,Menurut kajian sejarawan negara bahawa , peristiwa 13 Mei 1969 pernah berlaku di malaysia adalah disebabkan kurang penekanan semangat kejiranan dan perpaduan kaum .Oleh itu,semua pihak harus bersepakat dan bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menyemarakkan semangat keijrananan bagi generasi muda.Persoalanya,apakah strategi untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia?